Sebelum ini pelakon jelita, Nad Zainal menjadi bahan kritikan peminat kerana tampil dengan pakaian kostum CAT ketat berwarna hitam yang menampakkan
bahagian dadanya.
Terbaru, bintang utama siri Kampung Girl itu kembali menimbulkan kontroversi baru apabila didakwa tinggal serumah dengan kekasih barunya, Azman Kombos, 28, di kediaman Nad di Ampang, Selangor.
Dakwaan itu mula timbul selepas dua sumber berasingan tampil memberitahukan media wartawan Utusan Malaysia Online baru-baru ini.
Tidak mahu percaya terus dengan maklumat yang diberikan sumber-sumber berkenaan, pihak media nekad menghubungi empunya tuan badan untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Berikut ialah penjelasan panjang lebar Nad Zainal terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya tanpa usul periksa.
"“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang didakwa.
“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang ke rumah.
“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam. Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran.
Saya cukup pelik apabila ada manusia yang sanggup mendakwa saya melakukan perkara keji itu. Saya tahu apa benda yang patut dan tidak patut saya lakukan, saya juga perlu jaga nama saya dan kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya selama ini.
No comments:
Post a Comment