Monday, September 30, 2013

Air Asia Makin Hari Makin Jadi Penerbangan Freak Show Ke?

AirAsia makin pelikSecara peribadi, penulis terperanjat apabila syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (AA) sekali lagi membenarkan beberapa orang lelaki memakai skirt dan menjadi pramugari dalam penerbangannya

.Tak kisalh untuk 5 minit ke, 10 minit atau sepanjang penerbangan.
Persoalannya… apakah Tony Fernandes merasakan dia boleh buat apa sahaja dalam syarikat dia tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat?
Kalau Tony merasakan AA tu dia boleh apa sahaja… penulis hendak cadangkan dia berhenti jual tiket kepada orang awam sebaliknya jual pada amma, appa saudara dan kaum kerabat dia sahaja.
Jangan ingatlah kalau anda memiliki syarikat penerbangan itu, anda boleh buat apa sahaja…
Buat pertaruhan entah dengan sapa-sapa… kalah … pakai skirt.
Ada fikir tak mungkin bukan semua orang boleh terima lawak jenis itu? Apakah impak kalau ada budak-budak kecil melihatnya… mereka mungkin tidak faham dari segi lawak tetapi yang terbentuk di pemikiran ialah its okay kalau lelaki pakai skirt…pakai gincu… pakai kasut tumit tinggi.

Ada AA atau Tony terfikir betapa mungkin ada yang nak muntah tengok lelaki berjambang, berbulu pakai skirt apa semua?
Tunggu la…lagi sikit hari orang akan mula melawak jenis-jenis pramugari yang dimiliki AA dengan memaparkan jantan-jantan yang pernah pakai skirt dan menghidangkan makanan atau menjual barangan AA dalam kapal terbang.
Hakikatnya… pemilik syarikat kalau hendak keluarkan duit syarikat sendiri pun terikat dengan etika dan peraturan. So… Tony tak boleh rasa dia boleh buat apa sahaja dalam kapal-kapal terbang AA.
Andai kata itu kapal peribadi.. dia boleh la buat sesuka hati… kalau kapal komersial di mana jual tiket kepada orang ramai… rasanya perbuatan itu sama sekali tidak patut.
Kalau pun tidak ada orang yang merunggut atau buat aduan rasmi, itu tidak bermakna Tony boleh berbuat ikut sesuka hati….
Sekali masa pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson buat macam itu, mungkin kita boleh la terima. Bukan sebab dia mat salleh ke apa… tapi itu sebab kali pertama…
Kita boleh bertolak ansur la…tapi bukan berulang kali buat macam itu.
Baru ni radio Red FM, JJ dan Lil Kev pun buat benda yang sama.
Lepas ni sape lak? Jaga Nepal kat rumah Tony kalau kalah bet pun akan pakai skirt dalam penerbangan AA jugak?
Becoming more of a freak show la AA.

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive