Monday, September 2, 2013

Perempuan Simpanan Pengasas Google Carian Paling Tinggi

Amanda_RosenbergLondon – Perempuan simpanan kepada pengasas bersama Google, Amanda Rosenberg, 27, menjadi carian paling tinggi dalam Google selepas hubungannya dengan

Sergey Brin terbongkar.

Brin merupakan salah seorang daripada lelaki terkaya di dunia dengan hartanya dianggarkan berjumlah $23 bilion dolar.

Carian bagi nama Rosenberg, yang juga pekerja di Google Glass telah mencecah 38 juta dan selepas hubungan mereka diketahui ramai, dia menduduki tangga keenam dalam carian paling hangat Google.

Selain itu, Rosenberg yang berpindah dari London ke San Francisco tahun lepas, turut menjadi mangsa kecaman kerana merosakkan perkahwinan antara Brin dengan Anna Wojcicki.

``Setiap pekerja Google tahu bahawa dia pernah meniduri bukan seorang malah dua bos dalam masa lapan bulan,’’ ujar seorang individu bernama Audrey Winters dalam komennya.

``Mengecewakan dan memalukan. Awak adalah wanita cantik yang terpaksa meniduri (lelaki) untuk naik ke atas…Kim Kardashians dan awak patut menjadi kawan,’’ itu juga antara kecaman yang diterimanya.

Hubungan Rosenberg dengan jutawan Brin telah tersebar di internet.

Perkara berkenaan mula didedahkan dalam satu artikel oleh laman web teknologi Amerika Syarikat dan ia turut ditulis oleh Kara Swisher, yang mana suaminya merupakan rakan baik kepada isteri Brin.

Minggu lalu, Rosenberg telah ditukarkan ke jabatan lain dalam Google bagi menjarakkannya dengan Brin terutama melibatkan urusan kerja.

Wanita itu juga tidak lagi menjawab panggilan telefon.

Rosenberg dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London. Dia menggelar dirinya sebagai Chew kerana ibunya berasal dari Hong Kong manakala bapanya pula dari Britain.

Dia mendapat pendirikan di Kolej Marlborough bersama dengan Kate dan Pippa Middleton serta Puteri Beatrice.

Rosenberg telah berkhidmat di Google sejak menamatkan pengajian dari Universiti Leeds dan memperolehi ijazah komunikasi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive