Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, April 5, 2013

GADIS GILA PORNO UBAT DIRI DENGAN TUNGGANG KUDA

gadis korea 14 tahun ketagih porno-jennyezra

Empat bulan lalu, ibu bapa seorang gadis remaja

Korea Selatan yang baru berusia 14 tahun amat risau dengan ketagihan anak mereka melayari Internet untuk pornografi. Tetapi sekarang, terima kasih kepada program terapi menunggang kuda kerana terbukti anak perempuan mereka kini sudah 'sembuh' dan kembali dapat mengawal hidupnya.
Ibu bapa Kim mencuba kaedah seni, terapi muzik dan leteran berterusan untuk membendung ketagihan anak perempuan mereka namun gagal. Pihak sekolah mencadangkan Riding Healing Center, sebuah organisasi terapi yang menggunakan aktiviti menunggang kuda untuk mengubati gangguan emosi dan tingkah laku, yang dipercayai adalah penyebab ketagihan Internet.
"Saya mengambil berat tentang kuda dan berfikir tentang bagaimana saya boleh menunggang mereka dengan lebih baik sehingga membuatkan saya hilang minat pada komputer dan internet," kata remaja berkaca mata itu ketika ditemui di Riding Healing Center yang terletak kira-kira 40 km (25 batu) dari Seoul. Ibu bapa Kim sangat gembira dengan perubahan anak mereka. "Selepas terapi, dia sudah jarang melayari Internet bahkan akan berjanji terlebih dahulu untuk berapa lama dia akan menghadap komputer,"

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive