Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, April 17, 2013

Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Berusaha

Jutawan Yang Menjadi Kaya Tanpa Perlu Berusaha - Elaine Marshall & Keluarga – US$ 8 Billion (RM 24 Billion)Bagaikan 'pohon wang' yang tumbuh subur, para billionaire ini tidak perlu bersusah payah bekerja selama puluhan tahun hanya untuk mengisi bank mereka.

Seperti dikutip dalam laman Business Insider, lebih dari 1400 orang terkaya yang tersenarai di majalah Forbes, terdapat segelintir billionaire yang mewarisi harta kekayaan dari keluarga mereka.
Lily Safra
US$1.2 Billion (RM3.6 Billion)

Janda kepada billionaire perbankan, Edmond Safra ini telah mewarisi kekayaan sebanyak US$1.2 billion. Mendiang suaminya, Edmond telah meninggal dunia dalam peristiwa kebakaran apartmen pada tahun 1999. Dengan tinggalan kekayaan tersebut, wanita berusia 75 tahun yang berasal dai Monaco itu menduduki tempat ke 1175 sebagai billionaire terkaya dunia versi Majalah Forbes.
Elaine Marshall & Keluarga
US$8 Billion (RM24 Billion)

Wanita ke-48 terkaya di Amerika Syarikat ini dikatakan mewarisi kekayaan sehingga US$8 billion dari mendiang suaminya, J. Pierce Marshall. Warisan tersebut dibukukan dalam bentuk saham sebesar 14.6% di Koch Industries, sebuah perusahaan di bidang industri kimia dan tenaga terbesar di dunia. Menariknya, disebabkan tidak ada satupun yang tahu tentang nilai hartanya secara tepat, Bloomberg meletakkan Elaine sebagai billionaire wanita nombor 4 di Amerika Syarikat pada 2012. Dan pada 2013, Forbes menempatkan wanita berusia 70 tahun itu pada ranking ke 145.
Jorn Rausing
US$5.2 Billion (RM15.6 Billion)

Berasal dari Sweden, billionaire yang menduduki tempat ke-233 versi Forbes ini mewarisi harta kekayaan bernilai US$5.2 billion. Kekayaan tersebut diperolehi dari mendiang ibunya, Birgit. Walaupun demikian, Rausing yang berusia 53 tahun itu tidak menarik diri dari dunia kerja. Dia masih menjadi salah seorang pengarah di syarikat Tetra Laval yang dibangunkan oleh datuknya.
Finn Rausing
US$5.1 Billion (RM15.3 Billion)

Di usianya yang telah menginjak 58 tahun, Finn boleh berbangga hati kerana menjadi billionaire dunia di tangga ke-239. Harta kekayaannya mencapai US$5.1 billion. Sama seperti adiknya Jorn, orang terkaya kelima di Sweden ini juga menjawat jawatan sebagai pengarah di Tetra Laval, syarikat pengeluar susu dan jus terbesar di Sweden.
Eduardo Hochschild
US$2.1 Billion (RM6.3 Billion)

Berasal dari negara Peru, lelaki berumur 49 tahun ini sudah menjadi orang terkaya ke-4 di tanah kelahirannya. Bahkan menurut Forbes, Hochschild berada di tangga ke 704 yang menggenggam kekayaan sebanyak US$2.1 billion. Kekayaannya diperolehi dari syarikat perlombongan emas dan perak yang didirikan pada 1911. Hochschild mempelajari ilmu perlombongan di Tufts University, Amerika Syarikat dan bekerja untuk pertama kali di syarikatnya sebagai pembantu keselamatan pada 1987.
Yoshiko Mori
US1 Billion (RM3 Billion)

Ketika konglomerat real estate di Jepun, Minoru Mori meninggal tahun lalu, isterinya Yoshiko secara langsung mewarisi kekayaan keluarganya. Kini, wanita berusia 72 tahun itu dinobatkan menjadi billionaire di tangga ke 20 di Jepun dan ke 1342 di dunia dengan harta kekayaan sebanyak US$1 billion. Mendiang suaminya telah meninggalkan karya terbesarnya dengan membangunkan gedung tertinggi di China, Shanghai World Financial Center.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive