Izara Rindukan Kehidupan Sebelum Bergelar Artis -
Menjadi glamor, terkenal dan dikenali ramai mungkin menjadi idaman segelintir orang ramai di luar sana.
Tetapi perkara ini berlainan buat pelakon cantik, Izara Aishah Hashim, 21, yang lebih menyukai kehidupan dirinya sebelum bergelar pelakon.
“Saya bosan dengan keadaan sekarang dan sangat rindukan kehidupan dulu. Jauh berbeza dulu dan sekarang. Bayangkanlah nak berenang di kolam atau laut pun tak boleh.
“Dulu saya selalu lumba renang dengan sepupu tetapi kini nak mandi laut pun segan sebab banyak mata memandang. Walaupun pakai kemeja-T, saya tetap tak selesa, lebih-lebih lagi bila ada yang rakam gambar,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro, hari ini.
Itulah harga yang perlu dibayar jika bergelar seorang public figure kerana segala tindak-tanduk diperhatikan oleh mata masyarakat sekeliling.
Harapnya Izara terus sukses dalam kerjayanya dan sentiasa menjadi contoh yang baik untuk orang di luar sana.
No comments:
Post a Comment