Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, April 7, 2013

Di Indonesia Brleluasa Kes Rasuah....

Rasuah S3ks Di Indonesia Berleluasa

Gambar hiasan

Amalan penggunaan seks sebagai suapan di Indonesia berlaku dengan meluas

Menurut Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) itu,  Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, agensi itu percaya ‘hadiah’ dalam bentuk seks boleh dianggap sebagai rasuah atau sekurang-kurangnya imbuhan dan kegagalan melaporkannya boleh dihukum penjara. “Berdasarkan undang-undang, imbuhan termasuk seks dianggap rasuah jika ia diberi kepada seseorang atas kapasiti sebagai penjawat awam.
“Kedua, ia juga rasuah jika penerima hadiah itu gagal melaporkannya kepada pihak berkuasa dalam tempoh 30 hari,” katanya. Melalui peruntukan Undang-undang Antirasuah 2001, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga lebih RM310,000. Selain seks, pemberian habuan berupa wang, barangan, potongan harga, tiket penerbangan, kemudahan penginapan serta pelbagai bentuk hadiah lain boleh dianggap rasuah.
Kata Johan, KPK sedar pengamal rasuah menggunakan seks sebagai sogokan untuk mendapat apa yang diingini. “Kami masih menyiasat sebarang laporan yang membabitkan seks,” katanya kepada wartawan. Sementara itu, sejak Disember dua tahun lalu, KPK sudah mengharamkan penjawat awam menerima sebarang tiket percuma daripada Persekutuan Bola Sepak Asia kerana ia juga boleh dianggap sebagai rasuah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive