Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, July 5, 2012

Tumor 23kg dalam perut wanita


Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita...

 berusia 65 tahun, 
seorang wanita yang kurus  mempunyai perut yang besar. kelihatan seperti hamil kembar tiga,Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.
Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.
Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.
Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.
Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.
Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.
Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.
Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.
Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive