Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, July 11, 2012

Geng jubah curi susu

SEREMBAN –

Kumpulan wanita dan lelaki berjubah yang menjalankan kegiatan mencuri susu di seluruh negara kini dikesan muncul di daerah ini.
Dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini Ahad lalu, kumpulan terbabit dikesan mencuri 12 susu tepung dan minuman kesihatan berjenama bernilai RM835 dengan cara menyorokkannya di dalam baju serta beg sandang.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, salah seorang suspek pada awalnya menyamar sebagai pelanggan dengan berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada penyelia farmasi terbabit sebelum rakan lain mencuri susu tepung.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, tindakan kumpulan itu bagaimanapun disedari penyelia terbabit yang kemudiannya menjerit meminta tolong.
“Difahamkan, penyelia farmasi berkenaan yang sibuk melayan salah seorang suspek lelaki berpura-pura sebagai pelanggan ternampak empat suspek wanita memasukkan susu ke dalam beg berwarna hitam sebelum keluar kedai tanpa membuat bayaran.
“Penyelia yang menyedari tindakan kumpulan terbabit segera menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang berada di lokasi untuk membantu, malah pengawal keselamatan yang bertugas juga tiada ketika kejadian," katanya.
Menurutnya, semakan hasil rakaman kamera litar tertutup mendapati seramai 12 orang disyaki melakukan kegiatan itu, membabitkan enam perempuan dan enam lelaki.
"Kami percaya suspek telah merancang kegiatan ini lebih awal apabila rakaman CCTV menunjukkan semua suspek diberi tugas dan peranan masing-masing bagi mengelakkan perlakuan mereka
dikesan.
“Siasatan awal mendapati seorang suspek dipercayai berasal dari Sabah berdasarkan dialeknya yang didengari pengadu," katanya.
Saiful Azly berkata, kumpulan berkenaan yang dipercayai sindiket bijak mengatur strategi apabila masing-masing telah diberi peranan.
"Malah ada cubaan menghalang tindak balas pekerja farmasi yang menyedari kegiatan mereka.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive