PERLIS – Akibat desakan hidup, seorang ibu yang menetap di sini terpaksa menyerahkan anak yang sedang dikandungkannya kepada keluarga lain.
Ibu kepada dua anak yang ingin dikenali sebagai Na berkata, dia yang ketika itu menghadapi masalah kewangan kerana suami yang tidak dapat bekerja akibat sakit jantung membuatkan dia berniat untuk menyerahkan anak di dalam kandungannya kepada sepasang suami isteri di Kedah.
Menurutnya, dengan kos perubatan dan sara hidup mereka sekeluarga, Na mengambil keputusan terbabit setelah sepasang suami isteri dari Sungai Petani, Kedah datang berjumpanya dengan tujuan ingin mengambil anak yang bakal dilahirkannya untuk dibesarkan.
“Saya berniat memberikan anak yang di dalam kandungan saya kepada mereka, saya berharap mereka dapat menjaganya seperti anak mereka sendiri dengan memberi didikan agama dan pelajaran yang cukup.
“Namun hati ibu mana yang sanggup memberikan anak yang dikandungkan selama sembilan bulan kepada keluarga lain setelah bersambung nyawa melahirkannya?
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment