BENAR. Ramai yang melahirkan rasa bosan bila seseorang artis kerap benar mencanang cerita cinta mereka kepada umum. ….
Walhal semua orang tahu, sejauh mana sangat cerita cinta mereka itu boleh sampai ke penamat cerita yang bahagia.
Sudah banyak berlaku di depan mata. Bercinta bagai nak rak. Menjaja kisah cinta semacam mereka sahaja yang punya kehidupan bahagia dan hidup bagai sepasang merpati dua sejoli.
Namun itu satu perkara biasa bagi mana-mana pasangan bercinta. Kalau tidak, tak akan wujudlah istilah orang sedang mabuk cinta.
Pun begitu, ada sesuatu yang menarik tentang Almy Nadia Shaiful Khairil.
Umum sudah tahu, pelakon berusia 26 tahun ini merupakan teman wanita kepada pelakon Fizz Fairuz.
Tahun 2012 menyaksikan ikatan dua hati itu menginjak kepada usia enam tahun. Bukan satu tempoh yang sekejap kalau difikir sejenak.
Pelbagai laluan berliku telah dilalui oleh Almy dan Fizz. Bercinta, putus dan sambung kembali. Pasang surut kisah mereka berdua yang ternyata tak pernah lekang mengundang perasaan ingin tahu semua orang terutama peminat.
Tempoh hari juga menyaksikan satu lagi cabaran baru buat pasangan Almy dan Fizz yang dikatakan putus cinta.
Cuma bezanya kali ini, Almy sudah bijak. Dia tidak lagi keterlaluan mencanang cintanya kepada umum kerana tidak mahu lagi dibelenggu kontroversi.
Sedar bahawa terlalu ringan mulut boleh membawa padah, pelakon yang berasal dari Tapah, Perak ini cukup tebal membina tembok transparensi demi memastikan tiada lagi bait-bait kata rahsia terlepas.
Dalam hal ini, tentu sekali isu mengenai dia dan Fizz. Bagi Almy, status masih bercinta atau tidak, cuma dia dan lelaki itu sahaja yang tahu.
"Tak ada apa lagi untuk diceritakan. Saya juga tak ada jawapan untuk sebarang soalan sama ada saya sudah putus atau tidak dengan Fizz mahupun single atau tidak.
"Saya dah tak nak buka mulut. Itu sudah cukup untuk menjawab sebarang soalan mengenai hal ini
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment