Satu hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan pakar kesuburan mengumumkan...
.
lima juta bayi tabung uji telah dilahirkan di seluruh dunia sejak Julai 1978.
Perwakilan turut memuji ia sebagai peristiwa yang luar biasa bagi rawatan kesuburan.
Bayi tabung uji pertama, Louise Brown yang dilahirkan di United Kingdom (UK) pada Julai 1978 manakala ibunya Leslie Brown meninggal dunia bulan lepas.
perwakilan semasa bersidang di Turki, memberi amaran pasangan yang tidak menggunakan rawatan kesuburan sebagai satu insurans polisi sekiranya mereka melambatkan proses untuk menjadi ibu bapa.
Jawatankuasa Antarabangsa Bantuan Pemantauan Reproduktif Teknologi (Icmart) membentangkan data terkini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang subur dalam persidangan Persatuan Eropah Pembiakan Manusia dan Embriologi.
Ia berkata angka rasmi hingga tahun 2008, ditambah dengan tiga tahun seterusnya meletakkan jumlah bayi yang dilahirkan melalui teknik tabung uji seramai 5,000,000.
Sumber ; Sinar
No comments:
Post a Comment