PONTIAN-
Bau aromanya mampu membuka selera. Bagi pelanggan setia murtabak Pak Hamid, gerai di hadapan Dewan Jubli Intan Pontian pasti dikunjungi bila teringatkan akan keenakan hidangannya yang tersendiri..
.Turut dikenali sebagai 'murtabak bawah pokok', gerai yang berada berhampiran dengan rimbunan pokok sekali gus menjadi tempat pengunjung menikmati hidangan sambil diserikan dengan pemandangan Selat Melaka.
Bagi pengunjung tetap, mereka berpendapat murtabak yang dijual oleh Abdul Hamid Abu, 55, sejak 34 tahun lalu adalah terbaik kerana menggunakan resipi asli dan unik.
Uniknya, setiap lapisan akan diletakkan adunan daging yang mempunyai rasa rempah tersendiri yang dimasak bersama telur dan bawang. Di samping harganya yang berpatutan, gerai Hamid Murtabak tidak putus-putus dikunjungi pelanggan sebaik dibuka pada jam 2 petang.
Malah, dalam beberapa jam sahaja, hampir 50 keping murtabak bersaiz 'king' akan habis dijual. “Setiap hari, tak menang tangan saya hendak melayan permintaan orang ramai yang mahu membeli murtabak, lebih- lebih lagi di bulan Ramadan
Sumber : SInar
No comments:
Post a Comment