Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya..
.
yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.
buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan. ditangkap September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.
Buaya itu mengambil alih rekod tersebut dari seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.
Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanannya
Buaya itu ditangkap menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.
Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment