Tanggal 7 Julai 2012 ini bakal menyaksikan pasangan selebriti kontroversi, Watie Elite dan suami,...
.
Joey Daud bersanding untuk kali kedua.
Watie dan Joey menerima apa saja tawaran yang datang, asalkan menggembirakan semua orang.
"Inilah namanya rezeki. Berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali. Syukur kepada Allah, masih ada yang sudi menganjurkan majlis buat kami," kata Joey mewakili isterinya.
Majlis persandingan 'solo' mereka ini akan diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya sebagai acara kemuncak Festival Kerja Kahwin Ke-7 yang akan berlangsung selama seminggu bermula dari 2 hingga 8 Julai 2012.
Persandingan dan festival berlangsung di ruang legar tingkat bawah dan tingkat satu kompleks membeli-belah tersebut.pasangan Watie dan Joey dipilih setelah melihat kepada kerjasama terbaik yang diberikan mereka.
"Watie dan Joey senang bekerjasama, sebab itu mereka dipilih untuk disandingkan sekali lagi dalam acara ini.
"Bertemakan tradisional moden, majlis persandingan yang akan bermula lingkungan jam 8.30 malam ini akan dijayakan sepenuhnya oleh sebilangan vendor kerja kahwin berpotensi yang juga merupakan bekas peserta Festival Kerja Kahwin edisi-edisi yang lepas,
Bersempena dengan Majlis Persandingan Watie Elite dan Joey Daud pada 7 Julai 2012 ini, mereka akan diberi pengiktirafan merasmikan Bazar Kerja Kahwin ini melalui simbolik pemecahan ais.
"Semua peminat yang hendak menyaksikan persandingan kedua Watie, dipersilakan datang, datang ramai-ramai pun tak apa, lagi meriah.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment