SEBUYAU:
“Kami terhidu bau busuk dari jarak empat meter sebelum menemui mayat terapung di sungai, namun masih lengkap berpakaian. bila menghampirinya kami yakin itu mangsa nahas helikopter……..
di Sungai Lupar dan Lingga, pagi Jumaat lalu,” kata Asril Jena, 35.
Dia bersama beberapa rakan dalam perjalanan pulang ke jeti selepas semalaman di laut menangkap ikan sebelum menemui mayat Henry Loh, 40, di perairan Kampung Triso, jam 7.40 pagi semalam.
Asril memaklumkan penemuan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum mayat terbabit dibawa ke jeti dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Sarawak, Datuk Law Hun Soon berkata, pasukan bomba membawa mayat berkenaan ke jeti Sebuyau.
Sumber ; metro
No comments:
Post a Comment