BESUT -
Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera diseluruh badan dibelasah..
penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung. kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.yang pulang dari menjala udang.
wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.
Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.
Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik bila beberapa kali pintu rumah diketuk tapi tiada jawapan.
dia kemudiannya pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.
Geram dengan apa yang dilihat dia memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.
Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya
Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.
wanita curang itu pernah belajar di sekolah yang sama dengan kekasihnya , telah mengadakan hubungan sulit sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.
Sumber : Sinar harian
No comments:
Post a Comment