Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, July 4, 2012

Selamba jual nombor ekor tepi semak

Demi mahu kaya cepat tanpa mengenal halal dan haram, segelintir orang Islam di sekitar...

 Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 1, sanggup membeli tiket nombor ekor dengan seorang tauke yang menjualnya di tepi semak berdekatan deretan kedai di simpang tiga utama masuk ke Bandar Baru Cheneh.



Hanya berbekalkan sebuah kerusi dan payung, tauke berusia dalam lingkungan 50-an itu selamba menjual tiket loteri tanpa lesen di situ setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.

Seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan berkata, tauke terbabit mula menjual nombor ekor di situ sejak 2000 lagi, dan biarpun banyak kali ditangkap polis, namun dia masih berani mengulangi kesalahan sama.

ebih memalukan, majoriti pembeli terdiri daripada orang Melayu dan Indonesia yang merupakan peneroka serta pekerja ladang sawit beragama Islam berusia belasan tahun, sehinggalah yang sudah masuk fasa warga emas.
Orang Asli Sungai Pergam yang tinggal berdekatan dan golongan pekerja ladang wanita warga Indonesia juga antara pelanggan yang sering mengunjungi port jualan judi nombor ekor tidak berlesen itu.
“Dengan harga tiket serendah RM1, ramai penduduk sekitar datang membeli tiket nombor ekor ini.
ada yang pernah mendapat sehingga RM60,000 selepas tiket nombor yang dibeli mengena. Ramai juga yang menang sebanyak RM12,000.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive