Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, April 11, 2013

Sarat Mengandung Punca Fasha Sandha Tak Hadir ABPBH2012

 

3142013_fashakandung-a Hasrat pelakon Fasha Sandha untuk hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada 7 April lalu tidak kesampaian kerana

keadaannya yang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi pertama.

Pengurus peribadinya, Nik Yasmin berkata keadaan Fasha Sandha yang kini sedang sarat mengandung telah tidak mengizinkannya untuk hadir ke majlis anugerah berkenaan.

"Keadaan Fasha Sandha tidak mengizinkan sekarang ini kerana bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.

"Dia sekarang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi sulungnya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Fasha sebelum ini telah mengumumkan bahawa dia bakal melahirkan bayi lelaki kira-kira penghujung Mac atau pada awal April.

Fasha Sandha berkahwin dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, pada 28 April 2012.

Pasangan ini menerima berita gembira apabila Fasha telah disahkan hamil selepas dua minggu dijabkabulkan, malah berpeluang merasai bunting pelamin ketika majlis resepsi di kampungnya iaitu Perlis pada 6 Jun tahun lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive