Setelah kerap menimbulkan kontroversi murahan akhir-akhir ini, Lady Gaga menjadi perhatian paparazi apabila meluangkan masa bermain bola sepak
bersama kanak-kanak di Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil.
Penyanyi berusia 26 tahun ini dikatakan berada di Brazil bagi menghadiri konsert jelajah Born This Way. Biarpun sibuk dengan persiapan konsert berkenaan, Gaga masih sempat membuat kejutan untuk meluangkan masa bersama peminat dan menunjukkan bakatnya dalam permainan bola sepak.
Lady Gaga juga dilihat tidak kekok untuk memeluk beberapa kanak-kanak di situ. “Hari ini adalah hari terindah dalam hidup saya dan saya merasa amat gembira.
"Saya tidak pernah melupakan Rio dan anda semua membuatkan saya lebih bersemangat,” katanya menerusi akaun sosial Twitter miliknya
Sumber
No comments:
Post a Comment