Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, April 15, 2013

Gambar Meletop Eja Keliling Australia

 

2013-04-15_131233Beginilah ragam Pelakon Filem Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011, Eja apabila dapat bercuti bersama keluarganya ke negara kanggaru, Australia.

Menerusi foto yang dilayangkan Eja di laman Instagram miliknya (Eja78), dia yang masih berada di sana nampaknya sedang berhibur menikmati cuaca dingin bersama-sama suami dan anak sulungnya, Nur Eishal.


Jelas kelihatan sikap keibuan Eja melayan kerenah Nur Eishal dari taman tema popular Warner Brothers, Gold Coast sehingga ke Taronga Zoo, Sidney iaitu dua destinasi yang cukup sesuai untuk diisi seisi keluarga.
Dalam catatannya Eja ada menulis bahawa rasa bersyukur kerana sekali lagi telah dapat berkunjung ke Taronga Zoo selepas 20 tahun lalu iaitu ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama-sama penerbangan Malaysia, MAS.

Pelbagai gambar menarik turut dirakam Eja bersama keluarganya itu seperti menaiki kereta kabel, bermain dengan koala bear, menaiki bot melintasi Opera House, duduk di jeti, mengunjungi rumah patung lilin Madame Tussauds dan tidak ketinggalan menikmati hidangan Malaysia di Malay Village

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive