Tuesday, April 16, 2013

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Anak Lelaki

2013-04-15_130244Hari ini, tanggal 15 April 2013 telah meleraikan segala pertanyaan dan penantian daripada semua peminat kepada aktres sensasi Fasha Sandha, apabila dia telah selamat melahirkan bayinya pada pagi ini.

Tahniah diucapkan buat pasangan Fasha dan Rizal Ashram daripada Murai.com.my.
Menerusi laman Facebook rasmi peminat Fasha Sandha iaitu We Love Fasha telah memberikan info mengenai kelahiran ini termasuk sekeping gambar memperlihatkan Fasha mendukung bayinya sambil tersenyum.
Menurut status yang diletakan di Facebook rasmi peminatnya, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi ini di Prince Court Medical Centre.
Tiada sebarang maklumat mengenai nama atau info lain yang dapat dikongsi buat masa ini.
Murai.com.my ada menghubungi pengurus Fasha Sandha bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai berita gembira ini.
Bagaimanapun pengurusnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa kebenaran daripada suami Fasha, Jejai.
Namun dia berkata, Fasha berada dalam keadaan sihat dan begitu juga bayinya.
Jejai juga melalui Twitter miliknya telah meletakkan status menyatakan rasa gembira dengan kelahiran warisnya bersama aktres tersebut.

"Baby boy safe delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamudlillah, syukur kepada Allah.", merujuk kepada status Twitter Jejai itu.
Sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli diatas kehadiran ahli baru.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive