Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, April 14, 2013

Gadis Cantik Dibunuh,Di Panggang Dan Dimakan Dagingnya

 

article-1135626-034D981C000005DC-7_233x440

Gambar mangsa

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang lelaki

demikian kata prosekutor Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dinyatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh dan dimutilasi malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik sang gadis ditemui di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar bandar. Paling tidak dua beg plastik telah ditemui di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.

Karina kenal dengan dua suspek Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke pangsapuri mereka di mana dia kemudian di benamkan ke dalam tab mandi. "Kedua-dua lelaki tersebut mengatakan bahawa mereka memakan gadis tersebut kerana mereka lapar", demikian kata jurucakap mahkamah Sergei Kapitonov.

Gambar Suspek

Kedua-dua lelaki itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Kedua-duanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Peguam sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyiasat percaya terdakwa memutuskan untutk membunuh Karina setelah sang gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Bintik darah ditemui di paip air dan lantai pangsapuri. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa tempatan.

wew, mengerikan sekali ya. Sebenarnya kejadian pembunuhan kerana tertipu oleh lelaki sudah sering terjadi. Oleh sebab itu, bagi para gadis, harus berhati-hati kalau diajak ke suatu tempat oleh lelaki yang tidak begitu dikenali, apalagi oleh lelaki yang tidak dikenali. Tetapi hairan nya banyak sekali ya yang masih mahu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive