Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, April 13, 2013

Eh, kahwin dengan anak mat saleh, mestilah nak tayang body - Rozita Che Wan

 

Rozita Che WanRozita Che Wan, 40, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berubah

termasuklah berubah penampilan daripada yang gemar tampil seksi kepada tampil dengan imej yang dikatakan lebih sesuai dengan umurnya, semata-mata kerana dikutuk peminat.

Menurut pelakon jelita ini, dia selesa dengan imejnya kini meskipun pernah menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan pedas daripada peminat ekoran gambar seksinya yang dimuatnaik di Instagram.
“Saya tak akan berubah semata-mata disebabkan oleh orang lain. Saya selesa dengan apa yang saya pakai sekarang. Buat apa nak berubah disebabkan oleh orang lain, kan”,katanya kepada pihak media ketika diminta mengulas berikutan kontroversi tersebut.

Sungguhpun ibu kepada dua orang anak ini tidak kisah dengan kritikan oleh sesetengah pihak tetapi bagi kekasihnya , Zain Saidin, pelakon itu agak panas telinga bila mendengar buah hatinya dikecam dan dilemparkan dengan kata-kata yang kurang enak didengarnya. Sehingga pemuda kacukan Melayu-Inggeris itu bertindak memadamkan gambar-gambar Che Tah dari Instagramnya.

“Itulah… baik kan teman lelaki saya (Zain). So sweet… Saya tak kisah pun dia delete gambar-gambar saya. Dia cakap pada saya yang dia tak tahan tengok saya kena kutuk. Saya tak baca pun komen-komen tu. Dia yang baca komen-komen tu, dia yang sakit hati dengan komen-komen tersebut. Dia kata, “I sakit hati bila tengok diorang ngata you”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu Che Tah sempat diusik dengan beberapa pertanyaan mengenai busana perkahwinannya sama ada dia memilih memakai gaun yang kelihatan seksi atau busana tradisional.

“Eh, kahwin dengan anak mat salih you…, mestilah nak seksi (gelak). Tapi, tengok lah macam mana nanti, kan”, jawabnya dengan nada bersenda.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive