Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, April 11, 2013

Dira Nafi Lari Dari Kontroversi

2013-04-10_130621Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar nafi melarikan diri daripada isu kontroversi

yang pernah melandanya tidak lama dulu apatah lagi kerana tidak lagi muncul dalam mana-mana program televisyen lebih kurang setahun yang lalu.
Dira Abu Zahar berkata, dia kini sedang menumpukan perhatian kepada pengajiannya dalam jurusan Sarjana Filem dan Televisyen di Universiti Lim KoK Wing.
"Terus-terang saya tidak pernah merajuk atau sembunyi selepas kontroversi itu.
"Saya senyap setahun ini kerana sibuk dengan pelajaran dan keluarga serta anak yang sudah bersekolah.
"Jauh sekali ada niat untuk lari atau berhenti daripada bidang seni kerana saya masih menjalani kerja-kerja di berlakang tabir iaitu bidang produksi,"katanya kepada murai.com.my
Pada awal tahun lalu, Dira dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi.
Dia didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di antara mereka dalam pusat hiburan terbabit.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan kesnya itu, Dira memberitahu dia sendiri tidak mengetahui ksudahan kes tersebut.
"Saya pun tidak tahu sama ada kes itu masih lagi berjalan atau tidak. Kerana sehingga sekarang saya tidak mendapat apa- apa notis lanjut," jelasnya lagi.
Kehilangannya daripada muncul di kaca TV sejak setahun yang lalu turut disedari oleh peminatnya.
Namun Dira Abu Zahar bakal memuat kemunculan semula dalam drama bersiri Dahlia siaran Mustika HD (134) pada 22 April ini.
"Sebenarnya ramai juga yang bertanya tentang perkembangan saya dan nak tonton saya di televisyen. Jadi inilah hadiah saya buat mereka.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive