Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 2, 2013

Monyet Bieber Yang Dirampas Bakal Jadi Milik Pihak Berkuasa Jerman

 

justin-monyet (1)Seekor monyet peliharaan bintang pop remaja, Justin Bieber yang dirampas

di Jerman monyet-justin-bieberpada 28 Mac lalu bakal dijadikan hak milik negara Jerman. Monyet yang bernama Mally itu dirampas oleh beberapa kakitangan kastam di sebuah lapangan terbang di Munich selepas Bieber gagal menunjukkan dokumen yang diperlukan untuk membawa haiwan tersebut memasuki Jerman.

Penyanyi dari Kanada berusia 19 tahun itu telah diberi masa sehingga tengah malam Jumaat lalu untuk mengemukakan dokumen tersebut. Jurucakap kastam, Thomas Meister berkata, pihaknya tidak menerima sebarang dokumen daripada Bieber sehingga malam Jumaat itu.

Namun, dia diberikan tempoh sehingga enam minggu untuk membuat rayuan berhubung keputusan itu. Mally kini ditempatkan buat sementara waktu di sebuah pusat perlindungan haiwan di Munich.

Bieber menyeludup monyet tersebut ke Eropah dengan membawanya di dalam sebuah jet persendirian dari Los Angeles ke Lapangan Terbang Franz Josef Strauss di Munich.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive