Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, June 7, 2013

Gambar & Video Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh-Mayat Ditemui

Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang.

Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.

"Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya," kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.

Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.

Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.

Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.


Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive