Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, April 9, 2013

Norish Karman Menari Sakan dipost party A.B.P.BH 2013

2013-04-08_125504Pelbagai ragam dan cerita menarik yang telah Murai Batu dapat kenal pasti ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) di Stadium Putra Bukit Jalil

malam tadi.
Antara yang menarik perhatian Murai Batu apabila pelakon sensasi Norish Karman yang dilihat telah menari sakan bersama anaknya ketika acara post party ABPBH 2013.
Malah gelagat mereka itu telah mencuri perhatian ramai pihak yang berada pada acara selepas majlis gilang-gemilang berkenaan.
Apa yang Murai Batu lihat, Norish Karman langsung tidak menghiraukan keadaandan orang sekeliling kerana sedang asyik berseronok dan menghayati muzik rancak pada acara berkenaan.
Tidak sendirian, Norish Karman nampaknya telah ditemani anak lelakinya yang juga tidak kurang lincah mengatur langkah seperti ibunya. Menari mengikut rentak lagu dengan langkah tarian tersendiri mereka.
Jangan salah anggap yang Norish Karman, bukannya Murai Batu melihat perbuatan anda itu sebagai sesuatu yang tidak baik, sebaliknya alangkah baiknya kalau ada ramai selebriti pada malam berkenaan yang bergembira seperti Norish dan anaknya.
Walaupun langkah tari Norish Karman tidaklah sekemas penari profesional yang lain tetapi Murai Batu percaya dia hanya ingin bergembira pada malam penuh glamor berkenaan.
Sementara itu Murai Batu telah diberitahu pelakon cantik sensasi Neelofa telah bersedih hati kerana tidak menggondol sebarang anugerah pada malam berkenaan, meskipun namanya telah dicalonkan untuk tiga kategori.

Neelofa

Kesedihan itu tidak dapat dibendung Neelofa terutama untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular kerana khabarnya dia mengharapkan kejayaan segunung tinggi bagi kategori berkenaan.
Ramai yang berada dekat Neelofa pada majlis berkenaan telah dapat melihat air muka kesedihan aktres berkenaan yang tewas.
Malah kalau tak silap Murai Batu, pelakon kelahiran Kelantan itu tidak bertandang ke acara post party ABPBH 2013. Apa alasannya, itu Murai Batu kurang pasti.
Namun apa yang pasti, Neelofa nampaknya telah menang gaya dengan gaun cantik rekaan Syaiful Baharim mengalahkan kebanyakan selebriti popular lain.
Harapan Murai Batu agar Neelofa dapat bersabar dan berusaha lebih lagi untuk tahun-tahun akan datang. Lihat saja kepada Yana Samsudin yang baru sekarang diiktiraf dengan kejayaan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
Murai Batu: Ramai juga selebriti yang pulang awal dari ABPBH 2013 untuk mengisi perut yang kosong.
sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive