Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, April 8, 2013

Aliff Aziz – Adira Putus Cinta?

alifPerhubungan Aliff dengan Adira mendapat perhatian peminat dan media ekoran gambar mereka memakai sepasang cincin yang serupa rekabentuknya

dimuatnaik di akaun Instagram jejaka berusia 22 tahun itu.

Ketika itu bila diminta perjelaskan status hubungan mereka, Aliff menggambarkan Adira sebagai rakan dan teman paling rapat yang banyak menguatkan semangat mentalnya.

Diingatkan hubungan mereka masih berterusan seperti biasa sehinggalah baru-baru ini bila ada yang mendakwa ternampak Adira menikmati makan malam bersama seorang jejaka. Mereka dikatakan tidak segan memaparkan aksi mesra.

alf3 Aliff Aziz   Adira Putus Cinta?

Dek kerana dikawal dua lelaki yang kelihatan seperti pengawal peribadi, ada yang membuat andaian jejaka tersebut bukan sembarangan orang, berkemungkinan golongan kerabat.

Jumaat lalu, akhbar Berita Harian tampil dengan penafian Adira yang menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerabat. Selain memohon orang ramai berhenti daripada membuat tuduhan tanpa usul periksa, ujarnya, mungkin teman makan malamnya itu abang mahupun sepupunya. Mungkin juga individu tersebut seorang pemilik produk dan mereka sedang berbincang tentang urusan perniagaan.

Mengenai aksi mesra mereka, Adira memberitahu dia seorang yang manja dan memang suka bersikap begitu terutamanya dengan keluarga terdekat. Tambahnya, jika benar ada yang terserempak dengannya mengapa tidak saja menegur daripada membuat spekulasi.

Di dalam akhbar Kosmo tiga hari lepas, Adira bila ditanya sejauh mana hubungan dengan Aliff memberitahu dia “lebih selesa jika dikatakan kami lebih sebagai rakan kerana saya juga memang seorang yang suka ramai kawan. Sesiapa yang ingin mengenali saya dengan niat yang baik, saya tidak menolak.

“Jika ingin cerita tentang cinta, saya juga tidak dapat cerita lagi apa yang belum dirancang atau terjadi. Mungkin orang tidak kenal saya bagaimana orangnya. Namun pada hakikatnya, bagi sesiapa yang mengenali diri ini, mereka tahu siapa saya sebenarnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive