Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, June 18, 2012

Pilu seorang bapa terpaksa merempat di kaki lima



Dalam kemeriahan sambutan Hari Bapa yang diraikan masih ada dalam kalangan mereka yang terpaksa tinggal merempat di kaki lima di tengah pekan Kulim.

Lelaki ini suatu ketika dahulu pernah bergelar bapa tapi.......
entah di mana silap dia hidup seperti dalam buangan.

 berusia 58 tahun ini yang hanya mahu dikenali dengan nama Guna.
 sebelum ini dia mempunyai pekerjaan tetap bagi menyara keperluan isteri dan anaknya. setelah anaknya mendirikan rumah tangga bersama pasangan masingmasing, nasib malang terus menimpanya bila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kecederaan dialaminya  membuatkan dia tidak mampu berjalan seperti biasa dan terpaksa mengharapkan belas ihsan anak-anak.

 hari demi hari keluarga anaknya makin tertekan dengan kehadirannya. Mereka mula merasakan kewujudannya umpama satu bebanan.

 pelbagai tekanan dilaluinya hinggalah dia mengambil keputusan keluar dari rumah dan tinggal berpelesiran.

dia tak ada duit. , akan dapat makanan melalui belas ihsan orang yang lalu lalang. Pada waktu siang dia akan mengemis dan pada waktu malam akan tidur di kaki lima.



 sekarang dia  tidak sihat kerana terlibat dalam kemalangan. Sekiranya dia sihat dan mempunyai banyak wang pastinya anak-anak akan menyayanginya dan tidak membiarkan dia  merempat

Guna  berterima kasih pada pemilik kedai kerana membenarkan dia tidur di luar kedai mereka. “Sebelum tidur dia akan mencari kotak untuk dijadikan alas.


Selain itu dia  juga akan jadikan kotak itu sebagai tempat berteduh sekiranya hujan

Mangsa yang mengucapkan ucapan terima kasih berulang kali menunjukkan betapa dia terharu dengan sumbangan diterimanya walaupun ketika itu sudah pun jam 3.45 pagi
Sumber ; Sinar harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive