Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, June 3, 2013

KETAHUI RAHSIA DISEBALIK BENTUK BIBIR ANDA

imagesSetiap orang mempunyai jenis bentuk bibir yang berbeza dan disebalik bentuk bibir ini, memberi taksiran terhadap tingkah-laku dan karektor seseorang..

. Kenali jenis bentuk bibir anda untuk mengetahui peribadi anda.
Bibir Tebal
Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup. 
Bibir Kecil
Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia. 
Bibir Tipis

Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.
Bibir Kecil dan Sempit

Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.
Bibir Kehitaman
Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh. 
Bibir Pucat
Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive