Pengusaha sarang pelacuran menggunakan taktik baru dengan mempamerkan wanita warga Thailand di sebalik bilik bercermin
sebagai tarikan kepada pelanggan.
Kegiatan itu berjaya dihidu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Rumah Pelacuran di sebuah premis di Bandar Baru Permas Jaya, kelmarin.
Dalam serbuan itu, seramai tujuh wanita warga Thailand ditahan melibatkan 15 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar sekitar jam 5.15 petang.
“Setibanya di lokasi, pintu berkunci secara automatik. Anggota operasi terpaksa memanggil berkali-kali sebelum premis dibuka.
“Ketika pemeriksaan dijalankan, di dalam bilik premis terbabit terdapat empat pelanggan bersama pasangan masing-masing.
“Seorang wanita cuba menyembunyikan kondom meskipun pada mulanya tidak mengaku memiliki kondom.
“Akhirnya selepas didesak, beliau mengaku menyimpan beberapa keping kondom di dalam saluran paip air di tandas,” katanya, di sini semalam.
Ketika serbuan, kesemua wanita terbabit dipamerkan di dalam cermin dipercayai dan dijadikan umpan dalam kegiatan pelacuran.
Khairulanuar berkata, wanita berasal dari negara jiran itu berusia antara 27 hingga 34 tahun dan meraih kadar bayaran antara RM150 bagi setiap perkhidmatan.
Menurutnya, kesemua wanita terbabit ditahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan selain bekerja tanpa pas dan permit.
“Turut ditahan seorang warga tempatan yang merupakan penjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya.
Sementara itu, dalam serbuan lain, lima wanita warga asing ditahan dalam Ops Sayang di sebuah premis refleksologi Taman Daya.
Dalam serbuan ke atas premis yang sudah beroperasi sejak lebih tiga tahun lalu, tiga wanita Indonesia dan dua warga Vietnam ditahan.
Menurut Khairulanuar, kesemua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut dengan kadar bayaran RM60 dan menawarkan khidmat tambahan sambil mengenakan caj sebanyak RM150.
“Wanita yang ditahan ini berusia antara 27 hingga 34 tahun dan kita mengesyaki premis ini ada melakukan kegiatan tidak bermoral.
“Dalam pemeriksaan di dalam bilik di premis ini, terdapat dua pelanggan bersama pasangan masing-masing.
Seorang wanita cuba lari melalui tingkap belakang premis di tingkat dua, namun berjaya ditahan dan keadaan terkawal,” katanya.
Wanita terbabit ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan bekerja tanpa pas serta permit.
“Ada juga antara mereka yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit.
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas,
No comments:
Post a Comment