Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 2, 2013

Nak rakam video hantu, aksi sundal isteri dan anak pula muncul!

0222-sex-in-kitchen_smTasmania, Australi: Seorang bapa berhasrat merakamkan aktiviti paranormal dalam rumahnya tetapi terkejut besar melihat

aksi sundal isteri barunya bersama anak lelakinya bercumbuan dan berkasih-kasihan dalam video tersebut.
Lelaki berkenaan yang berharap untuk merakamkan imej hantu, telah memasang kamera tersembunyi tersebut di dapur rumahnya. Namun setelah melihat kembali hasil rakamanya, beliau amat terkejut kerana bukan imej hantu yang muncul, tetapi aksi seks antara isterinya yang berusia 28 tahun bersama anak lelaki remajanya yang berusia 16 tahun.
Wanita berkenaan mengaku bersalah di atas pertuduhan melakukan hubungan seks bersama remaja bawah umut di mahkamah, Isnin lepas.
Beliau mengaku amat malu dengan perbuatannya dan mendakwa tidak tahu umur remaja yang dibenarkan adalah 17 tahun dan bukan 16 tahun.
Mahkamah diberitahu, ketika si suami yang berusia 11 tahun lebih tua itu bertanyakan perihal insiden tersebut kepada isterinya, si isteri menafikannya dan ianya satu pelukan yang tidak sengaja.
Tetapi anak lelakinya telah mengaku tiga kali melakukan hubungan seks dengan ibu tirinya itu.
Insiden tersebut bermula apabila wanita berkenaan masuk ke dalam bilik anak tiri lelakinya itu untuk bertanyakan mengenai pembelajaran ujian memandunya.
Perbualan mereka kemudiaanya bertukar ghairah apabila masing-masing berbalas ciuman, dan akhirnya mereka lakukan seks, beritahu pendakwaraya kepada mahkamah.
Beliau juga memberitahu mahkamah bagaimana wanita berkenaan turut membawa remaja berkenaan ke bandar dan lakukan seks di hotel.
Setelah melihat adegan tersebut dalam kamera videonya, lelaki berkenaan akhirnya menghubungi polis dan wanita berkenaan ditahan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive