Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, June 5, 2013

Artis Popular Bollywood Mati Gantung Diri..

MUMBAI - Seorang aktres Bollywood, Jiah Khan ditemui mati di apartmennya dipercayai membunuh diri,

kata polis semalam. 
Dia yang pernah berlakon buat kali pertama bersama pelakon legenda, Amitabh Bachchan, dibesarkan di London sebelum berpindah ke India untuk menceburi industri perfileman Bollywood.
Menurut seorang pegawai polis, mayatnya ditemui oleh keluarganya.
Laporan media menyatakan, mayatnya ditemui oleh ibunya.
Pegawai tersebut menyatakan pihak polis menyoal beberapa jirannya.
Dia juga memberitahu kepada pemberita, tiada nota bunuh diri ditemui bersama mayat Jiah yang berusia 25 tahun.
"Kami mengesyaki dia menggantung diri di kediamannya," kata polis kepada agensi berita AFP.

BEBERAPA anggota polis mengawal bangunan apartmen yang didiami Jiah di Mumbai semalam.

Mayat Jiah telah dihantar ke sebuah hospital untuk dibedah siasat.
Jiah dilahirkan di New York sebelum berpindah ke London dan Mumbai untuk membuat penampilan Bollywood pertama dalam filem kontroversi Nishabd pada 2007.
Dia melakonkan watak seorang remaja yang jatuh cinta dengan seorang rakan baiknya yang berusia jauh lebih tua daripadanya.
Watak rakan baiknya itu dilakonkan oleh Bachchan.
Filem itu mendapat ulasan yang sederhana daripada para pengkritik tetapi Jiah dipuji kerana lakonannya yang menyerlah.
Jiah yang menukar nama asalnya Nafisa Khan pernah berlakon bersama Aamir Khan dalam filem pecah panggung, Ghajini.
Industri perfileman India turut terkejut dan sedih dengan berita kematian itu.
Aktres Sonam Kapoor menghantar mesej di laman Twitter berhubung kematian Jiah.
"Apa yang terjadi. Adakah berita itu betul. Tragedi yang dahsyat," katanya
Bachchan ketika dihubungi AFP semalam memberitahu, dia terkejut dan berasa bingung dengan berita tersebut.
Dalam pada itu, aktres Bipasha Basu turut menghantar mesej di laman Twitter dengan menyatakan, Tuhan merahmati rohnya.
Filem terbaharu Jiah, Housefull yang dikeluarkan pada tahun 2010 turut dibintangi oleh Akshay Kumar dan Deepika Padukone. 
Pengarah filem Nishabd, Ram Gopal Farma menyatakan Jiah diselubungi kemurungan ekoran kerjayanya dalam bidang lakonan menemui kegagalan.
Aktres itu dilaporkan mahu meneruskan kerjayanya dalam kursus reka bentuk dalaman selepas kerjaya lakonannya gagal. 
Dia juga menjalin hubungan dengan Suraj Pancholi yang merupakan anak kepada pelakon Aditya Pancholi selama setahun.
Menurut laman web Jiah, dia akan berlakon dalam filem keluaran Hollywood.
Jiah merupakan anak perempuan kepada Ali Rivzi Khan yang merupakan aktres berketurunan India yang popular pada tahun 1980-an.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive