Rasanya, ini kali kedua Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, teruk dikritik peminat selepas
sekeping gambar mesranya sedang berpeluk dengan seorang penyanyi berkulit hitam telah tersebar di laman maya.
Penyanyi lelaki yang dikenali Theophilius London itu berasal dari Trinidad dan bertemu dengan Yuna di Anugerah Pelarian Nansen, Suruhanjaya Tinggai Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian UNHCR di Geneva, Switzerland, awal bulan ini.
Terdahulu, Yuna juga turut dikecam peminat kerana membiarkan dirinya dipeluk oleh penyanyi terkenal, Pharrell Williams tahun lalu. Ini semakin menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat samada Yuna sudah seperti dulu atau sudah berubah.
No comments:
Post a Comment