Thursday, October 24, 2013

Sharnaaz punca Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose putus tunang?

 

Sharnaaz Ahmad

Hanya beberapa hari lepas, nama Sharnaaz Ahmad menjadi sebutan orang ramai kerana dikatakan menumbuk dan membelasah

seorang lelaki pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Belum pun reda kontroversi itu, kini pelakon Sharnaaz dikaitkan pula dengan isu putus tunang antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose. Admin sendiri tidak tahu daripada cerita ini tersebar namun itulah yang telah dikongsikan oleh
portal rotikaya beberapa jam lepas.
Dalam gosip terbaru ini, aktor panas baran itu didakwa menjalin hubungan cinta lokasi dengan Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang pelakon Pekin Ibrahim baru-baru ini.
Sharnaaz yang dihubungi media  semalam menafikan kebenaran gosip berkenaan dan menegaskan dirinya tidak ada kena mengena dengan keretakan hubungan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.
“Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada.”
Sementara itu, Sharnaaz memberitahu akan berjumpa dengan Pekin terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar sebelum dapat memberikan sebarang komen lanjut kepada media berhubung kontroversi terbaru itu.
“Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya.”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive