Jika gosip sebelum ini mendakwa bayi lelaki Aeril Zafrel dilahirkan sebagai anak haram kerana tidak cukup bulan,
pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut Aeril, bayi lelakinya yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar memang anak sah dan dilahirkan setahun setengah selepas mereka bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Sepatutnya tidak timbul isu anak haram katanya.
"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina. Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi. Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi.
No comments:
Post a Comment