Video remaja bergaduh sebenarnya bukan perkara luar biasa.
Tapi selalunya, yang buat macam itu adalah remaja lelaki. Kalau melibatkan perempuan memang jarang dan
habis kuat pun setakat tarik-tarik rambut dan menjerit macam orang gila saja.
Tapi pergaduhan tiga budak perempuan dalam video ini memang dahsyat. Salah seorang daripada mereka yang jadi mangsa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan diri bila dilanyak oleh dua yang lain.
Macam dirasuk hantu, dua remaja perempuan terbabit membelasah termasuk menendang mangsa di kepala, rentap baju sampai terselak dan menarik rambut sampai terbangun.
Akhir sekali mangsa yang longlai pengsan tepi longkang sebelum rakaman dihentikan.
Tak pasti di mana video ini dirakam tapi jika didengar butir perbualan, rasanya di Malaysia.
Harap-harap budak yang terbabit dalam video ini dapat dikesan dan disiasat. Kecik-kecik dah perangai pailang macam ni, tak tahulah apa jadi bila dah dewasa nanti.
Ada harapan jadi pendera anak atau suami ni.
No comments:
Post a Comment