Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, February 15, 2014

VIDEO: Gaduh Sakan Nak Rebut Tempat Duduk Dalam Bas

Saksikan video di bawah dan buat perbandingan jika individu yang anda kenal itu dapat menyaingi sikap tak mahu kalah wanita tersebut.
Dalam video yang dimuatnaik di LiveLeak ini, seorang wanita yang menaiki bas nombor 62 di Chengdu, Sichuan, China, berniat mahu membolot dua tempat duduk sekaligus namun dihalang seorang lelaki.
Mereka kemudiannya berebut tempat duduk yang sama dan bergaduh habis-habisan hingga sempat dirakam oleh penumpang lain.
Bagai anjing dengan kucing – kedua-duanya menolak, memukul dan menarik satu sama lain tanpa mempedulikan orang lain walaupun ada yang sampai bangun menawarkan tempat duduk mereka.
Ada satu ketika, pergaduhan menjadi pelik apabila si wanita sampai sanggup duduk di atas riba lelaki yang berebut dengannya asalkan dia mendapat tempat duduk yang diingini.
Insiden ini sebenarnya berlaku pada 9 Jun tahun lepas tetapi kini kembali menjadi viral apabila disebar di laman-laman sosial.



Sumber _Mynewshub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive