Pengacara rancangan Meletop, Neelofa mengakui paling sukar untuk melupakan gosip kes khalwat dengan seorang VVIP berpangkat Datuk pada
akhir Disember tahun lalu.
Luah Neelofa kepada Utusan, tuduhan tersebut begitu mengaibkan dirinya dan sehingga kini, hatinya masih terluka dan trauma. Lebih parah, dia turut dikritik peminat di laman sosial kerana tampil dengan fesyen pelik ala-ala Power Rangers dan Cell Dragon Ball di AME 2014.
"Belum masuk tahun baru mereka fitnah saya ditangkap khalwat. Saya tak tahu siapa punya kerja tetapi apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.
Kalau awak menuduh saya dengan cerita lain tak mengapa tapi fitnah ditangkap khalwat ini melibatkan seluruh keluarga.
Bagaimana ibu bapa dan keluarga besar saya nak menghadapinya?
Sudah tentu perkara ini meragut jiwa mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai macam soalan daripada pihak lain."
Mengakui sedih dengan gosip yang tidak masuk akal itu, Neelofa turut tertanya-tanya siapakah dalang sebenar di sebalik penyebaran gosip kes khalwatnya dengan VVIP kepada umum.
Katanya, adakah mereka kurang senang dengan dirinya sejak bergelar artis? Malah pelbagai cerita karut yang cuba dibangkitkan oleh mereka yang seolah-olah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai artis.
No comments:
Post a Comment