Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, February 17, 2014

RABECCA NUR AL-ISLAM DIKRITIK PEMINAT KERANA JUAL PAKAIAN SEKSI

rabecca nur al islam bertudung2 Tindakan pelakon sensasi dan seksi, Rabecca Nur Al-Islam menjual semua pakaian seksinya baru-baru ini

menerima kecaman dan kritikan segelintir peminat di laman sosial.
Walaupun tindakan itu dilihat satu perkembangan baik buat Rabecca namun masih ada peminat yang tetap tidak berpuas hati. Salah seorang peminat tersebut ialah Muhd Fauzi.
Muhamad Fauzi mendakwa, kesemua baju seksi itu sepatutnya dibakar dan bukan dijual untuk mengelakkan orang lain yang membeli pakaian tersebut turut mendapat dosa.

Dalam perkembangan sama, Rabecca memberitahu nekad mengambil keputusan menjual kesemua pakaian seksi kerana tahu tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang. Beliau turut mengakui tidak mempunyai koleksi pakaian yang menutup aurat.
"Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi."

"Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial."

"Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya."

Tambah Rabecca, bukan semua koleksi pakaian seksinya dijual kerana ada sebahagian daripadanya hanya diberikan secara percuma kepada yang berminat.

"Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah."


"Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive