Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, February 18, 2014

Isu tidur serumah punca Zizan Razak terdesak nikahi Emma


Sebelum ini, golongan pemerhati dunia hiburan mempersoalkan mengapa pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak menangguhkan hasratnya untuk
mengahwini Emma Maembong dalam masa terdekat.

Ini kerana mereka melihat pasangan ini sama padan dan sama cantik jika disatukan segera tanpa perlu menunggu sehingga tempoh satu tahun dari sekarang. Kata mereka, perkahwinan itu juga mampu menutup cakap-cakap orang ramai berhubung isu bercumbuan di kapal terbang dan bersekedudukan di rumah Zizan yang disebarkan bulan lalu.

Ketika dihubungi Berita harian semalam, Zizan memberi klu kepada peminat bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini namun tidak pula menyebut pelakon Emma Maembong sebagai calon isteri.

“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini.”

Bagaimanapun, oleh kerana beberapa gosip melampau yang terus menerus disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan popularitinya, maka Zizan mungkin terfikir untuk lebih baik berkahwin segera

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive