PULAU PINANG 7 Dis.
- Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.
Ia sebagai simbolik
Santai Tapi Serius
PULAU PINANG 7 Dis.
- Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.
Ia sebagai simbolik
KUALA LUMPUR -
Sasaran awal layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF sudah terlaksana kelmarin di hadapan 85,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan manis ke atas seteru utama, Indonesia, 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan B.
Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.
NAMA mempunyai pengaruh yang signifikan dalam kehidupan seseorang individu termasuk nama panggilan khususnya bagi mereka yang terkenal atau seorang bintang.
Kemasukan penyerang kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha ke Harimau Selatan secara sah Selasa lalu, dilihat memperkukuhkan barisan pemain Johor, sekali gus memberi perkhabaran gembira buat peminat fanatik bola Johor.
SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.
Jika 10 tahun lalu masa Wong Choong Hann banyak dihabiskan di gelanggang badminton, namun kini fokusnya lebih tertumpu kepada 'Lavieflo'.
Mengakui Lavieflo hadir dalam hidupnya sejak jatuh cinta pandang pertama ketika beliau mengunjungi Kunming dan Yunnan di China, Wong terus mengambil keputusan untuk memasarkannya di Malaysia.
LavieFlo bunga awet
PENYERANG kontroversi,
Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan Harimau Selatan bagi musim 2013, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), di ibu negara, malam ini
.Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam ini.
Perkara itu dimuktamadkan selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan mengikat kemasukan penyerang sensasi itu bersama pasukan Johor.
“Saya mengesahkan PBNJ telah menandatangani kontrak bersama Mat Yo. Mat Yo secara sah akan bersama Johor bagi kontrak dua tahun,“ katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun kata Suhairi, butiran lanjut kontrak tidak didedahkan dan sebarang kenyataan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, dalam masa terdekat.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kerana membantu dan FAM juga demi melihat kejayaan dan kemajuan bola sepak Malaysia,” katanya.
Kurang beberapa jam lalu, Mat Yo disahkan terlepas dari sebarang kontrak dengan Kafa apabila FAM memutuskan bahawa pemain paling bernilai itu kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan.
Perkara terbabit diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, pagi tadi.