Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.
Tinggal beberapa jam sebelum turun ke padang, pemain tidak seharusnya meragui kemampuan mereka di mana sejak awal lagi jurulatih, Datuk K. Rajagobal berpendapat kumpulan pemain yang disenaraikan kali ini merupakan yang terbaik, malah lebih bagus daripada ketika kali pertama memenanginya.
Dengan keyakinan yang semakin pulih selepas kemenangan ke atas Laos, kepercayaan peminat terhadap Harimau Malaya juga meningkat dan pasti akan menyemarakkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berbanding edisi dua tahun lalu, pasukan Indonesia kali ini tempang tanpa kehadiran tonggak utama akibat pergolakan dalaman liga bola sepak negara itu.
Tidak keterlaluan mengatakan jika para pemain negara berada di tahap terbaik dan memiliki fokus yang tinggi, Malaysia adalah pilihan untuk layak.
Ayuh Harimau Malaya! Kasi tunduk itu Garuda…
No comments:
Post a Comment