Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, December 3, 2012

Awasi jerat Thailand

su_01.1

KUALA LUMPUR -

Sasaran awal layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF sudah terlaksana kelmarin di hadapan 85,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan manis ke atas seteru utama, Indonesia, 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan B.

Menanti Harimau Malaya pada pertembungan timbal balik separuh akhir adalah juara Piala Suzuki AFF tiga kali, Thailand yang dianggap antara pasukan pilihan pada kejohanan kali ini.

Menang dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan malahan masih mampu menang 3-1 ke atas Vietnam biarpun membariskan 10 pemain simpanan pada aksi terakhir, menunjukkan kualiti bola sepak skuad Gajah Putih mempunyai kelas tersendiri di rantau Asia Tenggara.

Dibimbing bukan calang-calang jurulatih, Winfried Schafer dari Jerman yang berpengalaman luas kerana pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Cameroon serta beberapa kelab terkemuka dunia seperti VfB Stuttgart, Karlsruher SC, Al-Ahli dan Al-Ain, Thailand wajar digeruni.

Beberapa keputusan perlawanan antarabangsa terutama pada kelayakan Piala Dunia 2014 memperlihatkan Thailand semakin maju dalam dunia bola sepak apabila tewas tipis dua kali kepada gergasi bola sepak Asia, Australia dengan keputusan 1-2 dan 0-1 selain mampu mengikat Arab Saudi serta Jordan seri tanpa jaringan.

Corak serangan pantas dan gaya permainan hantaran ala 'tiki-taka' iaitu penguasaan bola melalui hantaran-hantaran pendek sambil melakukan pergerakan, menjadi senjata utama kekuatan Thailand yang perlu diawasi Harimau Malaya.

Satu nama yang semakin menjadi sebutan ialah Teerasil Dangda yang meledak hatrik sewaktu membelasah Myanmar 4-0 di samping Jakkapan Pornsai, Theerathon Bunmathan dan Anucha Kitpongsri yang menampilkan persembahan cemerlang sepanjang Piala Suzuki AFF.

Di atas kertas, seperti mana kata-kata pengendali, Datuk K. Rajagobal, Malaysia tidak rugi apa-apa, sewajarnya barisan pemain Harimau Malaya tidak perlu berasa tertekan ketika menentang Thailand dan keputusan perlawanan persahabatan 0-2 pada bulan lalu tidak perlu difikirkan oleh pemain.

Kekuatan pada bahagian sayap jelas menjadi teras kejayaan skuad negara, pada masa ini dengan dua watak utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahalli Jasuli memikul watak utama kejayaan Malaysia setakat ini.

Cuma ada beberapa kelemahan yang mencetuskan kebimbangan setakat ini iaitu ketumpulan penyudah dua penyerang harapan, Safee Sali serta Norshahrul Idlan Talaha yang nampak belum menampilkan bisanya.

Jadi tempoh seminggu perlu digunakan sebaiknya buat kedua-duanya kembali mencari rentak yang amat dirindui oleh peminat.

Selain itu, aksi selama 20 minit pertama semasa menentang Indonesia kelmarin jangan diulangi ketika menentang Thailand pada Ahad ini dan bahagian tengah yang ditunjangi Safiq Rahim serta Shakir Shaari perlu segera memperbaiki kelemahan seperti hantaran yang kurang tepat dan kekurangan idea membuka ruang kepada penyerang menjaringkan gol.

Skuad negara perlu berhati-hati dengan serangan pantas Thailand yang boleh menjadi jerat paling sempurna kepada anak-anak buah Rajagobal selain perlu bertahan lebih cepat semasa lawan menyerang.

Segala percubaan jarak jauh daripada pemain Thailand perlu dihalang selain para pemain negara perlu lebih bijak mengeksploitasi kelebihan sepakan percuma yang dimiliki Safiq Rahim dan kelajuan larian yang dimiliki S. Kunanlan serta Wan Zack untuk meloloskan diri melakukan hantaran-hantaran silang berkualiti ke dalam kotak penalti lawan.

Tidak mustahil Malaysia boleh menyingkirkan Thailand, sebagaimana dua tahun lalu ketika bertemu Vietnam pada separuh akhir, tiada siapa menjangkakan Malaysia mampu mengatasi juara Piala Suzuki AFF 2008 itu tetapi mereka telah membuktikannya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...