Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, November 28, 2012

LavieFlo cinta Choong Hann

image (7)

Jika 10 tahun lalu masa Wong Choong Hann banyak dihabiskan di gelanggang badminton, namun kini fokusnya lebih tertumpu kepada 'Lavieflo'.

image (8)
Mengakui Lavieflo hadir dalam hidupnya sejak jatuh cinta pandang pertama ketika beliau mengunjungi Kunming dan Yunnan di China, Wong terus mengambil keputusan untuk memasarkannya di Malaysia.
LavieFlo bunga awet

Mengusahakan butik bunga LaviFlo di Damansara Utama bersama dua rakannya sejak bersara dari arena badminton dua tahun lepas, bekas pemain badminton kebangsaan ini berkata, minatnya untuk menubuhkan butik bunga bermula apabila mendengar cerita seorang rakan yang baharu pulang dari China mengenai keindahan bunga segar.
“Apa yang membezakan bunga di butik kami dengan bunga segar lain adalah ia diawet.
"Bunga segar biasa harganya mahal tapi cepat layu. Bunga plastik hanya cantik dipandang semasa baru, tetapi bunga segar yang diawet bukan sahaja boleh tahan lama, malah mengekalkan tekstur asalnya yang lembut dan warna asli.
“Bunga-bungaan ini bukan sahaja indah dan tak jemu mata memandang, malah ia menyalurkan aura segar kepada sesiapa yang berada berdekatan percikan haruman pada kuntumannya menjadikan bunga-bunga ini wangi seperti bunga yang mekar di waktu pagi,” katanya.
Tiga jenis bunga iaitu bunga ros, carnation dan hydrangers dibawa masuk untuk dipasarkan di negara ini serta beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Bagi memastikan bunga yang dibawa masuk berkualiti tinggi, Choong Hann berkata, pihaknya melantik Ketua Unit Produk, Ji Xiang Sheng dari China sebagai koordinator di Kunming dan Ji adalah orang yang bertanggungjawab memajukan sistem pengawetan bunga segar di China.
Mengenai proses pengawetan bunga, Choong Hann berkata, keseluruhan proses mengambil masa 15 hari termasuk masa paling kritikal empat jam pertama selepas dipotong daripada pokok, melunturkan warna bunga serta mewarnakan semula bunga mengikut warna yang dikehendaki.
Dunia badminton
Namanya pernah meniti di bibir peminat sukan badminton suatu ketika dahulu.
Malah sehingga ke hari ini, kelibat Choong Hann masih dirindui.
Pernah mewakili negara di beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Thomas, sukan Olimpik dan sukan Asia, Choong Hann mengakui sukar untuknya melupakan badminton yang sudah sebati dalam hidupnya itu.
Enggan mensia-siakan bakat serta hasrat untuk melahirkan bakat muda yang mampu meneruskan impiannya melihat kegemilangan sukan badminton negara bangkit, Choong Hann kini turut mempunyai empat pusat latihan badminton di sekitar Lembah Klang.
"Walaupun sudah bersara dari badminton dan terlibat dalam industri bunga, ia tetap tidak melunturkan semangat saya untuk terus berusaha melahirkan pemain pelapis badminton negara," katanya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...