Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, August 28, 2012

Tiga pasukan perlu bangkit


KUALA LUMPUR -
 Tiga pasukan yang cukup berpengaruh dalam Liga Super musim ini, Selangor, Kelantan dan Perak perlu melakukan sesuatu demi mengelak tersingkir awal dalam saingan Piala Malaysia yang memasuki perlawanan ketiga hari ini....
Selangor, yang menduduki tempat ketiga Liga Super 2012 gagal menjelmakan kehebatan sebenar selepas dua perlawanan apabila belum melakar kemenangan, sebaliknya seri dan tewas sekali.
Ternyata ketiadaan dua pemain berpengalaman Amri Yahyah dan Bunyamin Omar yang digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kesan kepada Selangor yang memasang 'Misi 33'.
Menurut jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim, empat perlawanan terakhir peringkat kumpulan menjadi penentu untuk Selangor mara ke suku akhir.
"Pemain perlu bekerja keras menentang T-Team esok (hari ini) dan Sabtu ini," katanya.
Kelantan pula harus meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu lawan sukar, ATM hari ini setelah mengalahkan Kedah 2-1 di laman sendiri, Sabtu lalu.
Laluan Kelantan ke suku akhir sedikit tergugat ekoran kalah 0-2 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama.
Selepas dua perlawanan Kelantan menghuni tangga ketiga Kumpulan B atau 'Kumpulan Maut', berkongsi mata dengan Terengganu yang mempunyai kelebihan jaringan.
Lawan Kelantan hari ini, ATM yang dibarisi pemain berpengalaman semakin menunjukkan taring apabila menduduki tangga teratas kumpulan dengan rekod bersih dua kemenangan ke atas Kedah (2-0) dan Terengganu (2-1).
Satu lagi pasukan yang menduduki empat tangga teratas Liga Super musim ini, Perak juga terumbang-ambing selepas dua perlawanan setelah hanya seri dan kalah sekali.
Menjelang perlawanan ketiga hari ini, skuad Jang Jung itu harus bangkit apabila bertemu penyandang juara, Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman selepas dimalukan Felda United 4-2 di Stadium Perak Sabtu lalu.
Sumber : Utusan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...