Wednesday, December 11, 2013

Punca anak Ketua Polis Negara maut jatuh longkang

http://wwwsaja-saja.blogspot.com/Ahmad Jamal Omar HanifAnak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar meninggal dunia secara mengejut awal pagi Selasa selepas dipercayai terjatuh ke dalam

longkang berhampiran kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam.

Kejadian ngeri itu hanya disedari selepas pihak polis berjaya menemui mayat Ahmad Jamal Omar Hanif, 40, kira-kira jam 6.30 pagi sedang terdampar di dalam longkang dalam keadaan menyayat hati.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam DSP Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, itu hanya andaian awal kerana pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan susulan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...