Tuesday, December 10, 2013

Model ‘Playboy’ Kini Tampil Berhijab Penuh

FHMWALAUPUN bukan beragama Islam, seorang model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy Filipina kini tampil

berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.

Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.

Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.

Malah, Felixia, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan model ketiga dari negara kita yang pernah beraksi separuh bogel untuk majalah Playboy Filipina selepas supermodel Jacinta Lee dan Amber Chia.

Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan, mendapat tumpuan umum.

Menjelaskan penghijrahannya itu, Felixia menyatakan salah satu penyebabnya berubah ialah kerana dia berasa kecewa apabila sesetengah lelaki melihat dirinya sebagai tempat untuk berseronok.

Selain itu, dia juga mengaku merasa kosong dan dipergunakan sepanjang menjadi model yang seksi.

Dengan menutup aurat Felixia merasakan maruah dirinya jauh lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu.

Untuk pengetahuan anda, model berusia 27 tahun ini pertama kali memakai tudung sewaktu menghadiri sesi ujibakat iklan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Dia kemudiannya mula tertarik dengan gambarnya memakai bertudung sebelum mengambil keputusan untuk berubah sedikit demi sedikit.

Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar dua zaman berbeza Felicia buat tatapan pembaca semua.

FELICIA3

FELICIA4

FELICIA5

FELICIA2

FELICIA1

FELICIA

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...