Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, October 3, 2012

Seri 2-2, Kelantan berjaya mara ke separuh akhir

image (2)

PASUKAN Gergasi Pantai Timur,

Kelantan gah mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Felda United menerusi agregat 4-3 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad VII , malam ini….

Malah dengan kemenangan ini juga, misi Kelantan untuk memburu gelaran kejuaraan treble pertama semakin bersinar apabila menempah tiket ke separuh akhir meskipun terikat keputusan seri 2-2 pada aksi malam ini.
Beraksi di gelanggang sendiri, Kelantan memulakan perlawanan secara agresif dengan melancarkan serangan.
Bagaimanapun pasukan pelawat hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-14 bagaimanapun percubaan Felda tersasar.
Tersentak dengan serangan daripada pelawat, pasukan tuan rumah mengatur strategik dan melakukan serangan balas namun tandukkan Obinna ke gawang lawan pada minit ke-19 berjaya didakap kemas penjaga gol Felda, Hamsani.
Pada minit ke-29, Kelantan sekali lagi  hampir mendahului lawan namun, percubaan Piya gagal dilaksanakan dengan baik apabila melepasi tiang gol.
Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol, pun begitu, banyak kali tendangan pemain Felda terus ke dalam dakapan Khairul Fahmi.
Akhirnya percubaan Felda ke gawang lawan tertunai apabila penyerang pasukan pelawat berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi pada minit ke-42.
Tiga minit babak kedua bersambung, Kelantan dikejutkan dengan asakan pasukan pelawat apabila berjaya melepasi benteng pertahanan namun rembatan penyerang Felda dikeluarkan oleh Khairul Fahmi.
Pasukan tuan rumah terus melakukan asakan dan peluang terbaik hadir pada minit ke-48  perlawanan menerusi tandukan Piya  tersasar serta diselamatkan Hamsani di gawangnya.
Namun selepas itu, pasukan pelawat kembali mendominasikan perlawanan dengan mengubah corak permainan.
Malah kelincahan penyerang Felda itu hampir mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan namun gagal menghasilkan sebarang gol.
Keghairahan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun terhasil apabila Norfarhan Muhammad mencetus gerakan menarik sekali gus menewaskan penjaga gol Felda pada minit ke-72.
Selepas itu, kealpaan benteng pertahanan pelawat akhirnya terhukum apabila penyerang lincah tuan rumah, Mohammad  Ghaddar bijak mencuri peluang dan berjaya meledakkan jaringan pada minit terakhir perlawanan sekali gus memadamkan impian Felda untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...